Amalan Pencegahan Kerosakan PC

Seperti lain-lain peralatan elektronik komputer pun boleh digunakan untuk jangka masa yang lama dan berpanjangan.Tetapi dalam keadaan yang tertentu ia pun boleh menjadi rosak.Perkakasan komputer tidak terbakar dan meletup.Kesilapan penggunaan dan keadaan alam sekitar boleh menyebabkan komputer mengalami kerosakan.Kalau kita sentiasa memberi perhatian terhadap perjalanan komputer kita dari segi pengoperasian dan pengendalian maka komputer kita akan terpelihara dan jangka hayatnya akan berpanjangan.

Faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan

  1. Suhu yang berlebihan
  2. Habuk dan debu
  3. Gangguan bunyi
  4. Masalah bekalan kuasa
  5. Karat
  6. Medan Magnet
Suhu yang tinggi

Cip dan komponen lain adalah sensitif kepada suhu yang tinggi.Semasa operasi biasanya PC mengeluarkan suhu.Haba mendatangkan masalah apabila kita mula menambah add-on cards Tindakan-tindakan berikut boleh membantu kita dalam mencegah kerosakan berkaian dengan suhu.

Habuk dan Debu

Caj elektrik statik didalam komputer dan monitor boleh memerangkap habuk dan debu.Pengumpulan habuk tadi boleh bertindak sebagai insulasi dan mencegah pemindahan haba semasa operasi komputer.Peralatan yang selalu berkaitan dengan habuk ialah pemacu dan pencetak.Ruang diantara kepala dan cakera adalah sempit dan habuk dianggap sebagai penyebab utama kepada kerosakan atau kegagalan pemacu beroperasi.
 
 

Gangguan Bunyi

Komputer dan perkakasan lain adalah sensitif kepada gangguan bunyi dan memberi kesan buruk.Bunyi boleh dianggapkan sebagai perubahan mengejut dan tidak disangka-sangka yang berlaku kepada perjalanan voltan, arus, data dan suara. Ia boleh terjadi akibat denyutan tenaga secara tiba-tiba.

Cara-cara berkesan untuk mencegah atau mengurangkan gejala diatas

Masalah Talian Bekalan Kuasa

Faktor environment yang utama untuk melicinkan perjalan sistem komputer ialah bekalan kuasa yang baik dan bersih.PCs adalah sensisitif dengan bekalan kuasa jika dibandingkan dengan perkakasan letrik yang lain.

Empat jenis masalah bekalan kuasa.

Spikes. Kejadian kelebihan voltan kurang daripada satu milisaat

Surge. Kejadiankelebihan voltan beberapa milisaat atau lebih.

Brown outs. Keadaan ini berlaku apabila kurang voltan yang dihantar kepada komponen tertentu saperti chips dan lain-lain komponen.Penurunan kuasa berlaku apabila kita menggunakan komputer berdekatan dengan peralatan letrik yang besar saperi pendingin uadara ,pengisar berat dan .Berlaku juaga pada tempat yang berdekatan dengan kerja-kerja pengimpalan.Keadaan ini boleh diatasi dengan menggunakan alat penyetabil voltan yang otomatik atau manual.

Black Out. Keadaan ini berlaku apabila bekalan kuasa terputus terus akibat petir dan guruh atau ribut yang kuat.Pengguna dinasihatkan supaya menanggalkan plug dari bekalan kuasa apabila komputer tidak digunakan.Juga boleh menggunakan alat pelindungan atau pemutus litar dari kedai-kedai tempatan.
 

Karat

Karat boleh berlaku pada pin,kabel,soket dan akad anataramuka (interface kad). Perkakasan ini disaluti oleh loagam yang mana lama kelamaan akan gugur dimakan karat.Kawasan yang mudah dihinggapi karat ialah kawasan tepi laut atau di kawasan yang sentiasa hujan. PCB yang mempunyai karat mudah terputus saluran atau trek perjalanan arus letrik atau isyarat(signal).
 

Gegaran

Elakkan daripada berlaku gegaran semasa komputer sedang beroperasi.Perkakasan mudah rosak akibat gegaran ialah pemacu dan cakera keras.Semasa gegaran ajarum atau head pada cakera keras akan mengguris cakera dan mengakibatkan kehilangan data secara berkekalan.Juga boleh mengakibatkan bad sector dan FAT bad.
 

Serangan Virus

Kehadiran virus boleh terjadi dalam fail atau memory.Sekiranya serangan virus yang terlalu serius ia boleh mengakibatkan kerosakan hard disk atau memory chips.
 
 

Panduan/Nasihat Kearah Kesempurnaan Penyenggaraan

  1. Sentiasa simpan satu set disket sistem yang boleh bot komputer.Disket ini mengandungi versi Dos yang sama dengan dos yang ada dalam komputer yang disimpan dalam cakera keras.Juga perlu sediakan beberapa driver yang boleh menjalankan peranti dan lain-lain komponen.

  2.  
  3. Sentiasa back up sistem.

  4.  
  5. Ujudkan sebuah perpustakaan peribadi yang mengandungi dokumen mengenai perisian dan perkakasan yang relevan dengan program komputer anda.(Panduan pemasangan .manual dan booklets)

  6.  
  7. Pastikan sistem anda sentiasa bersih.

  8. Tudung peralatan sekiranya tidak digunakan.
Prosedur Servis Sebuah Komputer
  1. Periksa PC anda.Periksa semua komponen dan perkakasan dengan menggunakan perisian tertentu misalnya Qaplus atau Norton Disk Doctor.

  2.  
  3. Periksa cakera keras sama ada terdapat bad sectors.Mulakan daripada CMOS Setup untuk menentukan keserasian infomasi mengenai cakera keras saperti bilangan head,sector dan lain-lain.

  4.  
  5. Periksa sama ada mesin disambungkan dengan sistem network saperti LAN dan WAN atau internet.

  6.  
  7. Jalankan servis.

webmaster  |  what's internet  |  komputer punya cerita  |  isi perut komputer  |

bahagian utama komputer  |  cakera keras  |  perkakasan komputer  |  keselamatan data  |

| meningkatkan keupayaan komputer  |  atasi masalah penjagaan komputer  |  pengacau virus  |

| trouble shooting 1trouble shooting 2  |  internet punya cerita  |  IRQ DMA  |