Pengenalan Kepada Internet dan
Lebuhraya Maklumat

          Pengenalan Kepada Internet

                Email telah difahami oleh kebanyakan pengguna komputer satu cara menghantar surat
                kepada penerima melalui komputer dengan berkesan, murah dan pantas. Internet
                menyediakan kemudahan untuk bertukar maklumat visual dalam format
                boleh-guna-semula dan boleh-baca, misalnya carta, gambarajah, jadual,imej,
                pengkalan  data atau kod perisian. Oleh yang demikian, perkhidmatan ini merupakan
                pusat sumber bagi pelbagai maklumat seperti katalog, pengkalan data, perkhidmatan,
                penerbitan dan sebagainya.

         Sejarah Internet

                Pada 1957, projek ARPA (Advanced Reseach Project Agency) diwujudkan untuk
                membina satu rangkaian komputer yang menghubungkan satu bandar dengan satu
                bandar di Amerika Syarikat.

                Perkhidmatan mel elektronik bermula setelah ARPANET dibina pada tahun 1969.

         Definasi Internet

                Internet adalah satu rangkaian yang terdiri daripada gabungan rangkaian-rangkaian
                komputer yang lain. Setiap rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan
                kepada rangkaian-rangkaian yang lebih kecil. Internet dapat memberikan perkhidmatan:

                        a) komunikasi elektronik
                        b) remote login
                        c) perpindahan fail
                        d) pencarian maklumat
                        e) penyibaran maklumat
                        f) World Wide Web

 

 
 
 
 
 
 
 

          Hak Milik Internet

                Secara umumnya, internet tidak dimiliki oleh mana organisasi atau individu. Oleh itu,
                organisasi berkenaan bertanggungjawab untuk membina rangkaiannya sendiri.
                Organisasi yang menyediakan perkhidmatan rangkaian yang menentukan apa-apa
                bayaran penggunaan.
 

         Asas Internet

         Model Pengkomputeran Internet

                Internet menggunakan model pengkomputeran tersebar (distributed computing)
                dan pengkomputeran pelayan-pelanggan.

         Pelanggan dan Pelayan

                Komputer yang meminta perkhidmatan daripada komputer lain dinamakan pelanggan.
                Komputer yang memberi perkhidmatan dipanggil pelayan. Pelayan dan pelanggan adalah
                dua aplikasi yang berlainan. Pelayan adalah aturcara yang sentiasa berjalan dalam
                sesebuah komputer yang sentiasa menanti permintaan yang akan dibuat oleh pelanggan.
                Pelanggan adalah aturcara yang diguna untuk mendapat perkhidmatan sesuatu aplikasi.
                Pelanggan hidup apabila pengguna menggunakannya dan berhenti apabila penggunaannya
                tamat.

         Alamat Protokol Internet

                Tiap-tiap komputer dalam internet mempunyai identiti yang unik yang dinamakan
                alamat protokol internet (Internet Protoko, IP). Alamat IP adalah satu nombor 4 bait
                seperti berikut:

         Nama Domain

                Nama domain adalah nama yang digunakan untuk mewakili alamat IP bagi mendapatkan
                satu cara yang bermakna yang melambang identiti sesebuah komputer. Nama domain
                mudah diingat berbanding dengan alamat IP

         Pengenalan Kepada Lebuhraya Maklumat

         Apakah Lebuhraya Maklumat

                Komputer memerlukan perantaraan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.
                Jenis bahan perantaraan yang boleh digunakan adalah udara, kabel tembaga dan kabel
                optik. Setiap bahan memerlukan teknik penghantaran yang tersendiri.

         Ciri-ciri Lebuhraya Maklumat

                Lebuhraya maklumat membenarkan berbagai jenis maklumat seperti teks, audio,
                gambar, video dan lain-lain dihantar melaluinya. Lebuhraya yang laju ini
                membolehkan maklumat melaluinya dengan pantas. Kesesakan akan berlaku jika
                banyak data disalurkan dengan kadar yang tinggi.

         Jenis dan Kelajuan Maklumat

                Kelajuan sesuatu talian bergantung kepada teknik transmisi dan bahan yang digunakan
                seperti kabel atau gentian optik. Contoh:



 

 
 
 
 
 
 
 

          Aplikasi Internet

         E-mail

                Suatu perkhidmatan yang membenarkan Pengguna menghantar surat dalam masa yang
                singkat melalui komputer. E-mel juga dapat diguna untuk melampirkan dokumen,
                imej, audio dan video dalam bentuk digital.
                Setiap Pengguna perlu ada akaun email. Untuk menggunakan email, pengguna hanya
                perlu tahu bagaimana :

                Contoh perisian - Eudora, Pegasus, Mailtool.

         Senarai Mail

                Suatu aplikasi internet yang berasaskan kepada email. Setiap pengguna akan berdaftar
                dengan satu senarai yang akan menerima mail yang dihantar kepada pelayan senarai
                tersebut. Ini membolehkan satu perbincangan diadakan di antara ahli yang
                disenaraikan.

                Contoh pelayan senarai mail:

          Pembaca Berita USENET

                Merupakan suatu perkhidmatan papan buletin global yang menggunakan internet
                sebagai cara capaian. Mengandungi beribu-ribu kumpulan perbincangan tentang
                topik-topik tertentu.

             Contoh: news.announce.newusers, news-newusers.questions. Perisian pelanggan - Free
                            Agent.

         Telnet

                Istilah yang digunakan untuk menggunakan komputer secara jarak jauh (remote login)
                di mana-mana tempat dalam internet. Biasanya digunakan untuk mencari maklumat
                dalam pengkalan data atau pusat sumber awam dan menggunakan komputer sendiri
                dari mana-mana tempat dalam internet. Perisian pelanggan - NetTerm

         Ftp

                Maklumat yang disimpan dalam komputer seperti artikal dan program disimpan
                dalam fail.
                Untuk membolehkan perkongsian maklumat dan sumber, ftp (File Transfer Protocol)
                digunakan untuk membolehkan pengguna memindahkan fail dari satu tempat ke tempat
                yang lain. Terdapat banyak pelayan internet mempunyai arkib FTP anonymous.

                            Set mod pemindahan ke mod teks text
                            Set mod pemindahan ke mod binari bin
                            Menyalin fail get nama - fail
                            Menghantar fail put nama-fail
Arahan ftp:
Masuk ke program ftp
ftp 
Membuka sambungan
open nama-fail 
Menutup sambungan
close 
Keluar dari program ftp
bye 
Masuk ke sesuatu director
cd nama director 
Keluar dari sesuatu director 
cd.. 
Menyenaraikan fail
Is atau Is -1 atau dir
Set mod pemindahan ke mod teks 
text
Set mod pemindahan ke mod binari
bin
Menyalin fail
get nama_fail
Menghantar fail
put nama_fail
                Contoh lokasi ftp:
          Archie

                Suatu perkhidmatan yang digunakan untuk mencari fail dalam lokasi-lokasi ftp
                anonymous di dalam internet. Ia boleh dicapai melalui cara telnet dan e-mel dan juga
                perisian. Contoh:

                Lokasi lain:
                Perisian pelanggan - wsarch32.

 

 
 
 
 
 
 
 

        Gopher

            Gopher adalah suatu perisian yang menyambungkan pelbagai komputer dan arkib
            maklumat dalam internet dan kemudiannya paparkan dalam bentuk menu item.

            Asalnya dibangunkan pada tahun 1991 di Universiti Minnesota sebagai sistem maklumat
            kampus.

            Mengguna gopher adalah mudah kerana pengguna akan dibawa dari satu menu ke menu
            yang lain berpandukan kepada item yang ada dalam menu. Tidak ada arahan yang
            perlu dimasukkan. Contoh lokasi gopher:

            Lokasi yang boleh ditelnet:
                                    Perisian pelanggan - wsl_gopher 1.2, gopher

 

 
 
 
 
 
 
 

      Veronica

           Veronica merupakan rakan bagi gopher kerana ia menghimpunkan maklumat yang
            terdapat dalam ruang gopher. Perisian ini membolehkan pengguna memberikan kata
            kunci (keyword) untuk mencari maklumat dalam gopher. Maklumat yang diperlukan
            dicapai melalui pelayan  gopher
 

      WAIS (Wide Area Information Servers) - WAIS

            Perisian ini diguna untuk mencari maklumat mengenai sesuatu perkara dalam sesuatu
            fail internet.

 
            Pelanggan wais boleh diguna melalui telnet:
quake.think.com
login: wais
sunsite.unc.edu
login: swais
nncs.nfs.net
login: wais
      World Wide Web

            Perisian pelanggan yang paling popular. la berkebolehan untuk memberi khidmat email,
            ftp, gopher, wais dan lain-lain.

        World Wide Web

            Kita akan bincang dengan lebih mendalam tentang web.


        Pengenalan World Wide Web

            Asalnya dibangun di CERN (Europen Laboratory for Particle Physics) oleh Tim
            Berners Lee dengan tujuan untuk menyediakan protokol yang sepunya (sama) dan mudah
            untuk mendapatkan maklumat yang boleh-baca yang disimpan pada sistem berjarak jauh
            dengan menggunakan rangkaian. Dengan kemudahan ini ahli-ahli fizik CERN
            (http://www.cern.ch/) dapat berkongsi dokumen.

            Objektif sistem ini adalah supaya saintis dapat bertukar berbagai bentuk data dengan
            menggunakan konsep hypertext. Hypertext ialah dokumen yang mengandungi sambungan
            atau link dengan dokumen lain. Maklumat disimpan dan diambil semula dalam bentuk
            bukan hirarki, capaian maklumat boleh melompat dari satu tempat ketempat yang lain
            hanya dengan cara link. Dokumen ini dikatakan mempunyai banyak dimensi tidak seperti
            dokumen biasa yang hanya mempunyai satu dimensi.

            Projek Web mula bertapak apabila NEXT diberikan tender untuk membina satu
            prototaip bagi  Web pada tahun 1991. Web menjadi popular kerana ia boleh
            menggabungkan teks dengan gambar, suara dan video. Perkhidmatan internet yang lain
            yang boleh didapati dengan perkhidmatan ini adalah seperti telnet, ftp, gopher dan
            archie. Penggunaan Web dengan meluas merupakan faktor utama yang mendorong
            perkembangan internet yang amat pesat semenjak dua tahun kebelakangan ini. Bilangan
            komputer yang menjadi pelayan Web juga bertambah dengan berlipat ganda.

       Menggunakan WWW

            Cara menggunakan Web adalah mudah. Dokumen atau lokasi yang ingin dilihat boleh
            dimasuki jika Penunjuk Sumber Seragam dokumen tersebut diketahui. Penunjuk Sumber
            Seragam (URL - Uniform Resource Locator) adalah penunjuk kepada dokumen yang
            terdapat dalam sesuatu link. Tiap-tiap dokumen dalam internet mempunyai
            sekurang-kurangnya satu URL yang menentukan lokasinya. Dengan mempunyai URL
            untuk setiap dokumen, kita dapat mencari dan mencapainya dengan syarat ianya hidup
            dan tiada halangan keselamatan.

            Sesuatu URL mengandungi jenis protokol alamat, opsyen nombor pengkalan (nama
            domain) dan laluan (lokasi fail). Format asas URL:

                protokol://nama_perumah:nombor_pengkalan/laluan

                    atau

                protokol://nama_perumah/laluan

Jenis protokol yang terdapat dalam web:


Jenis protokol Penerangan
http Pelayan WWW
gopher Pelayan Gopher
ftp atau file Pelayan ftp
mailto E-mel
wais Pelayan Maklumat Kawasan Luas (Wide Area Information Server)
telnet Menggunakan komputer pelayan secara jarak jauh
news Berita usenet
file Fail dalam suatu direktori

            Alamat adalah merupakan alamat bagi pelayan yang dilarikan. Alamat ditulis dalam
            bentuk samada nama perumah atau nombor IP.

            Nombor pengkalan adalah nombor pengkalan IP di mana pelayan dilarikan. Tetapi jika
            pelayan dilarikan dengan menggunakan pengkalan piawai untuk protokol, nombor
            pengkalan tidak diperlukan.

            Contoh:             Dokumen mailto boleh didapati pada:             T'iada arahan yang perlu dimasukkan untuk menjelajah Web. Dokumen atau lokasi lain
            boleh dimasuki dengan hanya mengklik link yang terdapat dalam dokumen semasa.

        Pelanggan dan pelayan Web
 

            Komputer dalam internet yang bercakap HTTP dinamakan pelayan Web.
            Manakala komputer dalam internet yang boleh mencapai pelayan web dinamakan
            pelanggan web.

 

 
 
 
 
 
 
 

            Terdapat beberapa pakej pelayan web. Kita perlu tahu beberapa sifat dan keistimewaan
            pakej ini sebelum membuat pilihan. Selain itu, terdapat beberapa pintu keluar
            (gateways) untuk pelbagai pelayan yang membolehkan kita terikat dengan perisian atau
            pengkalan data  yang lain.

            Pelanggan Web boleh dipasang menggunakan beberapa jenis sistem operasi seperti
            VAX, Unix. Windows dan Macintosh.

      Program pelanggan WWW

            Terdapat banyak perkhidmatan mencari maklumat dalam Web jika dokumen atau lokasi
            yang ingin dimasuki tidak diketahui. Kemudahan seperti untuk mengambil dan mencetak
            halaman Web disediakan oleh kebanyakan pelanggan Web. Program pelanggan WWW
            juga dipanggil    'browser'.

            Pelanggan web menggunakan protokol HTTP (HyperText Transport Protocol). Bahasa
            bagi HTTP dinamakan (HyperText Markup Language).

       Multimedia dalam Web

            Bahasa komputer yang dinamakan Java - bahasa komputer hibrid C dan C++ di
            optimumkan untuk mengendalikan aksi pelayan/pelanggan dalam web oleh Sun
            Microsystem. Applet kecil boleh di download kepada komputer pelanggan secara terus
            menerus oleh pelayan web.

            Inline viewer digunakan untuk menanamkan (embed) aplikasi dalam tetingkap browser.

            VRML (Virtual Reality Modeling Language) dibangunkan oleh Silicon Garphics dan
            InterVista sebagai satu cara menghantar model 3D melalui web

            Selain itu, audio dan video juga dapat dihantar dan dicapai oleh pengguna web.


        Demo

            WWW mudah dijelajah dengan mendapatkan lokasi web yang diperlukan dan seterusnya
            menggunakan perangkai (link) yang terdapat dalam halaman pengenalan yang dimasuki.
            Contoh: http://wwwjaring.my.

            Maklumat dalam WWW boleh dicari dengan menggunakan enjin pencari (search
            engine). 'Search engine' adalah program untuk membantu mencari sesuatu maklumat
            dalam Web. Dokumen yang diperolehi di akhir pencarian boleh dilihat dengan
            memasuki link yang dipamerkan dalam keputusan pencarian.

            Terdapat banyak 'search engine' yang boleh digunakan seperti: Yahoo
                (http://www.yahoo.com/), Excite (http://www.excite.com/), WebDirectory
                (http://www.webdirectory.com/)
 
            Ftp, archie, gopher dan WAIS adalah di antara aplikasi internet yang boleh
            digunakan melalui browser WWW. Ini menyebabkan WWW sangat digemari oleh
            pengguna internet.
      Senarai dan Dokumen Peribadi

            Gunakan kemudahan 'hotlist' dan 'bookmark' untuk maklumat URL atau buat dokumen
            Web sendiri yang mengandungi hubungan (link) dengan URL berkenaan.


      Pembinaan Halaman Peribadi (Homepage)



 

 
 
 
 
 
 
 

        Pefisian Pelanggan Web (Browser)

            - diguna untuk mencapai maklumat web dalam pelayan
            - ada dua cara untuk menggunakan browser: (1) memasang perisian pelanggan pada
                komputer dalam internet, (2) telnet komputer lain yang mempunyai perisian pelanggan
                dalam internet.

        Lynx - line browser

            - untuk demo

        Mosaic - browser grafik

                -   dibangunkan di National Centre for Supercomputing Applications (NCSA)

        Netscape

        HotJava


        Skrip CGI (Common Gateway Interface)

            CGI membenarkan jurureka bentuk halaman fungsi langgan web (custom Web
            funtionality). Penerangan lanjut tentang CGI boleh didapati pada:

        Borang

            Borang boleh dibuat dalam web. Tujuannya adalah untuk membenarkan pengguna web
            memasukkan maklumat kepada pelayan. Borang ini boleh terdiri daripada medan teks,
            medan password (kata laluan), kotak semak, butang radio, menu, butang reset dan butang
            serahan. Tetapi tidak semua pelanggan web boleh menerima borang. Penerangan lanjut
            boleh didapati pada: http://www.ncsa.uiuc.edu/SDG/Software/Mosaic/Docs/


      Peta Imej

            Web juga mempunyai kemudahan peta imej di mana pengguna boleh klik pada sebahagian
            imej untuk merangkai ke dokumen lain. Kadang-kadang disebut sebagai peta boleh-klik.
            Contoh peta yang mempunyai beberapa negeri:



       Mengambil (download) imej/ikon