Perkhidmatan Dalam Internet

Internet menawarkan pelbagai perkhidmatan. Antara yang terpenting ialah

Home Page

Home Page adalah halaman web yang anda boleh capai dengan menggunakan satu perisian

Browser.

Anda sekarang sedang menggunakan Browser samada Netscape atau Internet Explorer.

Halaman yang sedang anda tatapi sekarang adalah satu halaman web. Terdapat pelbagai jenis halaman web dalam Internet.

Laman Web

Halaman yang mengandungi maklumat dan data mengenai topik berkaitan

1. Data untuk halaman Web disimpan oleh komputer ‘'Server" yang terdapat di seluruh dunia. Server-Server tersebut adalah di bawah kawalan dan senggaraan organisasi atau individu yang ingin berkongsi data dan resos dengan pengguna komputer di seluruh dunia.

2. Apabila anda mencapai Internet, komputer anda akan berinteraksi dengan suatu ‘server’ tertentu, yang mungkin terletak di mana-mana sahaja!

3. Server tersebut akan membahagikan data yang anda pohon kepada kumpulan data kecil atau ‘packet.’

4. ‘Packet-Packet’ data tersebut akan dihantar menggunakan kabel dan talian telefon , melalui satu ‘gateway’ , sama ada MIMOS atau Telekom, kepada komputer anda

5. Komputer anda akan menyusun semula data-data dalam packet -packet berasingan tadi ke dalam bentuk data asal dan akan dipamerkan pada skrin monitor komputer
 

E-Mail

Mel elektronik atau singkatannya E-mail merupakan mel yang dikirim secara elektronikal menerusi sistem komputer.

E-mail hampir sama dengan mel pos biasa yang mengandungi alamat pengirim, nama dan alamat penerima serta isi

kandungan mel. Apa yang berbeza ialah penghantaran mel menerusi E-mail adalah lebih pantas dan murah. Proses

surat-menyurat dapat dilakukan dalam masa beberapa minit. Anda juga boleh menghantar salinan atau menyertakan lampiran.

Penggunaan E-mail memerlukan perisian aplikasi seperti Eudora, Pegasus Mail, Sprymail, Nupop, cc:Mail, Netscape dan sebagainya.

Perisian aplikasi ini juga dikenali sebagai program melPOP (POPmail). POP di sini bermaksud Post Office Protocol.

POP membolehkan anda memuat turun mel daripada hos mel dan juga memuatmasuk mel ke dalam hos. POP juga

membolehkan anda membuat kerja penyediaan mel secara offline.

Newsgroup

Newsgroup adalah kumpulan diskusi untuk pengguna Internet.

Pertukaran idea boleh berlaku dari pengguna Internet seluruh dunia. Jika anda mengguna

Netscape, anda perlu menukarkan Preference News Server kepada news.jaring.my.

Kemudian anda boleh memilih menu Window: Netscape News.
 

IRC
 

IRC atau Internet Relay Chat merupakan salah satu ciri yang amat digemari dalam

Internet. Pengguna internet boleh berkomunikasi dengan pengguna internet yang lain.

Komunikasi dilakukan dengan menaip pada keyboard, seperti kita bercakap dalam

telefon.

FTP

FTP (File Transfer Protocol) - kemudahan untuk memindah fail dari server atau hos remote ke dalam komputer pengguna yang tersambung ke internet.

Telnet

Telnet menawarkan perkhidmatan untuk 'log on'  ke komputer lain yang terletak jauh
(Remote log on)
 
 
 

Ke Menu Utama