Virus
Virus komputer adalah program komputer - tidak lebih dan tidak kurang.
Virus komputer tidak timbul secara "ajaib", ia ditulis oleh seseorang dengan
maksud tertentu. Virus komputer berupaya merebak dan menjangkiti program
lain pada sistem komputer. Untuk mencegah komputer daripada dijangkiti
oleh virus, adalah lebih baik jika kita mengetahui bagaimana virus bekerja.
Biasanya virus komputer adalah tersembunyi (hidden). Program aplikasi
yang dijangkiti virus adalah salah satu cara utama virus komputer merebak.
Setiap kali program dilaksanakan, program virus juga dilaksanakan. Virus
kemudiannya melakukan replikasi dan merebak serta menganggu sistem seperti
memaparkan mesej, memberhentikan atau melemahkan operasi komputer, memformat
cakera keras, merosakkan fail sistem & fail aplikasi dan sebagainya.
Jika Program aplikasi yang terinfeksi dipindahkan kepada komputer lain,
komputer tersebut boleh dijangkiti virus.
Bagaimana Virus Memasuki Sistem Komputer Anda
Virus boleh memasuki sistem komputer dengan dua cara :
-
Melalui salinan program atau fail dari cakera
-
Melalui proses "replikasi" virus itu sendiri.
Komputer yang dilengkapi dengan modem boleh dihubungkan dengan komputer
lain. Virus boleh memasuki komputer anda melalui proses muat-turun (downloading).
Banyak virus komputer menyerang fail .EXE dan .COM. Ini menyebabkan pembesaran
saiz fail dan seterusnya mengubahsuai fail tersebut. Terdapat juga virus
yang menyerang fail dokumen, kadang-kadang dipanggil juga virus makro.
Satu cara lagi virus komputer merebak adalah melalui sektor but (boot
sector) cakera. Apabila virus menyerang sektor but, ia dapat mengawal komputer
setelah komputer di aktifkan.
Cara mengatasi masalah virus komputer
Kaedah Pertahanan/Pencegahan.
-
Masukkan perisian anti virus jenis TSR (aktif selepas proses but dan kekal
dalam ingatan). Contohnya ARMOUR, DR SOLOMON, PC-CILLIN dan sebagainya.
Dengan cara ini , virus akan dapat dikesan secara automatik setiap kali
cakera di akses.
-
Mengimbas (scan) setiap cakera/disket yang hendak digunakan.
-
Mengimbas (scan) fail-fail yang dimuat-turun (download) dari internet.
-
Melakukan lindung tulis (write protect) bagi disket-disket sistem.
-
Melakukan attribut baca sahaja (read only) bagi fail-fail yang penting
Kaedah Pemulihan.
-
Offkan komputer anda untuk sekurang-kurangnya untuk selama 5 minit, kemudian
but semula (dari pemacu cakera A) dengan menggunakan disket sistem yang
‘bersih’ dan ‘write-protected’.
-
Dalam setengah-setengah kes, mematikan suis komputer tidak akan menghilangkan
ingatan komputer. Dengan but panas (Ctrl +Alt+Del) selalunya tidak akan
menghilangkan virus dari ingatan. Setengah virus menggunakan but panas
ini sebagai cara untuk merebak atau melakukan aksi lain.
-
Laksanakan perisian anti virus versi terbaru, untuk mengesan dan mengenalpasti
fail yang terinfeksi. Adalah lebih baik jika kita mempunyai disket sistem
yang bersih dengan perisian anti virus yang sedia ada di dalamnya.
-
Selepas menghapuskan dan membersihkan program yang dijangkiti virus, offkan
kembali komputer.
-
Onkan komputer dan laksanakan perisian antivirus untuk memastikan ianya
bersih dari virus. Pastikan guna setting yang membenarkan semua fail binari
dapat diperiksa, bukan hanya program aplikasi.
| webmaster | what's
internet | komputer punya
cerita | isi perut komputer
|
| bahagian utama komputer
| cakera keras | perkakasan
komputer | keselamatan data
|
| meningkatkan keupayaan komputer
| atasi masalah penjagaan komputer
| pengacau virus |
| trouble shooting 1 | trouble
shooting 2 | internet punya
cerita | IRQ DMA |