Troubleshooting 1
Bagaimana Proses But Dilaksanakan?
Pastikan anda telah menyambungkan sekurang-kurangnya empat komponen. Anda
perlukan pembesar suara, papan kekunci, pemacu cakera dan monitor
Beberapa kaedah yang anda perlukan untuk menukar sesuatu
-
Pertama, LCD akan menyala di beberapa bahagian komponen komputer - pada
motherboard, cakera keras, cakera liut, NIC, pencetak, CD-ROM, monitor
dan papan kekunci.
-
Cakera keras selalunya akan berpusing.
-
Kipas bekalan kuasa dan CPU akan mula berpusing.
-
Paparan pertama pada monitor adalah samada kiraan memori atau paparan BIOS
kad video
-
Semasa kiraan memori, pembesar suara PC akan berbunyi.
-
Apabila kiraan memori selesai, cakera liut akan mula dicari (LCD menyala).
-
Mesej daripada BIOS akan dipaparkan, termasuk versi BIOS, jenis CPUdan
sebarang "non-fatal error messages".
Pada ketika ini, POST telah selesai dan proses but bermula.
Bahagian terakhir POST selalunya ialah carta komponen yang dijumpai
semasa POST, seperti kelajuan CPU, Kad VGA, Pelabuhan selari, Pelabuhan
bersiri, Pelabuhan LPT, Cakera keras IDE, Cakera Liut dan sebagainya.
Selalunya pemacu cakera C dicari dan mula melaksanakan fail sistem .
Fail-fail ini selalunya disebut "bootstrap program."
Jika fail sistem tidak dijumpai, BIOS akan memaparkan mesej "Insert
Boot disk and press any key" atau sesuatu yang hampir sama. Ini dipanggil
"non-fatal
error" . Masukkan disket sistem ke dalam pemacu cakera A dan tekan
sebarang kunci.
Jika perkara di atas berlaku, anda akan tahu bahawa papan ibu mempunyai
keupayaan sekurang-kurangnya melaksanakan POST ROM. POST mempunyai kemungkinan
menghadapi masalah "non-fatal errors".
-
Ralat "fatal" POST selalunya menyebabkan tiada paparan, jadi anda perlu
mendengar pembesar suara dan membilang beep. Bilangan dan panjang beep
menjadi panduan kepada juruteknik dalam memperbaiki komputer. Mengeluarkan
kad video selalunya menjadi "fatal error" bagi kebanyakan BIOS.
-
Tiada RAM adalah suatu "fatal error".
-
Tiada CPU akan menjanakan kod beep . Ia adalah "fatal error"
-
Tiada papan kekunci bukan "fatal error", POST akan selesai dan mesej
ralat akan dipaparkan, misalnya "Keyboard Not Found. Press F1 to continue."
Tiada Paparan Semasa But
-
Periksa bekalan kuasa moditor dan sambungan video.
-
Reset balik kad video dan masukkan dalam soket baru.
-
Pastikan pembesar suara disambungkan bagi melihat mesej POST.
-
Saling tukar kad video atau monitor.
Mesej-mesej POST yang biasa:
-
Ralat HDD (atau FDD) controller. Selalunya disebabkan oleh sambungan kabel
(mungkin terbalik).
-
Disk Drive 0 failure. Bekalan kuasa mungkin tidak sampai ke cakera keras
atau anda tersilap set pemacu dalam CMOS (laksanakan setup). Juga pastikan
cakera disambungkan dengan betul ke "controller".
Troubleshooting Cakera Liut
Jika lampu LCD sentiasa menyala (tidak padam), periksa sambungan kabel.
Kemungkinan besar ianya terbalik.
Kaedah Seven-Step Troubleshooting
-
Tentukan masalah.
-
Lakukan pemeriksaan biasa berdasarkan panduan/petunjuk atau pengetahuan
operasi.
-
Kenalpasti punca masalah..
-
Gunakan perkakasan/peralatan diagnostik bagi mengurangkan senarai masalah.
-
Kenalpasti komponen yang bermasalah.
-
Kenalpasti komponen yang bermasalah.
-
Baiki, ganti, catat, dan kembalikan perkakasan kepada spesifikasi asal.Selidiki
mengapa komponen tersebut gagal berfungsi.
Cara Mengatasi Masalah Biasa
-
Periksa kabel-kabel, Periksa kabel-kabel, Periksa kabel-kabel.
-
Buang secondary cache, atau disablekannya dalam Setup.
-
Kurangkan kelajuan CPU
-
Gantikan SIMM dengan yang lain.
-
Gantikan kad video.
-
Gantikan komponen-komponen tambahan yang kurang perlu, seperti tambahan
RAM, sound card, modem, tetikus,Cakera keras tambahan, , NIC, atau sebarang
kad pengawal tambahan.
-
Keluarkan semua cakera keras dan but dengan cakera liut.
-
Keluarkan motherboard dan pasangkan diluar - mungkin ada "grounded"
kepada kasing.
-
Cuba dengan kabel-kabel lain.
-
Periksa semula jumper pada motherboard.
-
Pastikan anda memilih kelajuan bus dan clock multiplier CPU anda.
Plan Drastik
-
Gantikan bateri yang digunakan untuk CMOS RAM.
-
Cuba bekalan kuasa yang lain.
-
Pinjam cakera keras daripada rakan (hanya untuk mengetahui setting BIOS).
-
Gantikan CPU.
-
Gantikan BIOS jika anda yakin ia boleh menyelesaikan masalah.
-
Pilihan anda yang terakhir adalah - tukar motherboard.
| muka depan | what`s
internet | masalah penjagaan
pc | bahagian utama komputer
| cakera keras | internet
punya cerita |
| IRQDMA | isi
perut komputer | keselamatan data
| komputer punya cerita | meningkatkan
keupayaan | pengacau virus |
| perkakasan komputer | trouble
shooting 1 | trouble shooting 2
|