Mengenalpasti dan Mengkaji Bahagian-bahagian Utama
Komputer
1. Kaji unit bekalan kuasa dan jawab soalan-soalan berikut.
-
Berapakah jumlah voltan input yang diperlukan oleh unit ini ?
-
Berapakah kuasa maksimum keluaran (dalam watt) bagi unit ini ?
-
Berapa jenis penyambung wayar yang ada padanya ? Terangkah fungsi setiap
jenis penyambung itu.
-
Nyatakan panduan-panduan untuk memasang kabel bekalan kuasa ke pemacu cakera
liut/keras dan papan utama.
-
Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan unit ini
daripada rosak.
2. Kaji pemacu cakera liut dan pemacu cakera keras serta kabel-kabel yang
disambung padanya.
-
Berapakah voltan bagi kedua-dua jenis pemacu cakera ini ?
-
Apakah perbezaan antara kabel data pemacu cakera liut dan pemacu cakera
keras ?
-
Bagaimanakah cara memasang kabel data bagi kedua-dua pemacu cakera tersebut
?
-
Huraikan cara mengenalpasti pemacu cakera liut A dan pemacu cakera liut
B dengan memerhati cara kabel data yang dipasang kepadanya.
-
Kenalpasti lokasi kepala baca tulis pada pemacu cakera liut. Bagaimanakah
cara mencucinya ?
-
Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi menjaga keselamatan
pemacu cakera keras ?
3. Kaji kad-kad tambahan (expansion slot) yang terpasang pada papan utama
(motherboard).
-
Berapakah jumlah kad yang terpasang padanya ? Huraikan fungsi setiap jenis
kad tersebut.
-
Apakah jenis rekabentuk kad-kad tersebut (ISA/VESA/PCI) ?
-
Periksa kad di mana kabel data dari pemacu cakera liut dan pemacu cakera
keras dipasang padanya. Terangkan cara yang betul untuk memasang kabel
data pada kad tersebut.
4. Kenalpasti jenis-jenis pelabuhan (port) yang yang terdapat dan huraikan
fungsi-fungsinya.
5. Kenalpasti jenis pemproses yang terpasang pada papan utama (motherboard).
Nyatakan jenis, pembuat dan kelajuannya (dalam MHz).
6. Berapakah jumlah ingatan utama (RAM) yang terdapat pada komputer
tersebut ?
-
Apakah jenis kombinasi yang digunakan ?
-
Berapakah kelajuan cip RAM tersebut?
-
Bolehkah jumlah RAM ditambah lagi ? Jika boleh, nyatakan kombinasi-kombinasi
yang boleh digunakan dan jumlah maksimum yang boleh dipasang.
7. Adakah ingatan cache luaran dipasang ?
-
Jika ada, berapakah jumlah ingatannya ?
-
Nyatakan fungsinya
8. Kenalpasti cip ROM BIOS.
-
Berapakah jumlah cip ROM BIOS yang dipasang ?
-
Apakah jenama atau pembuat cip tersebut ?
-
Nyatakan fungsi-fungsinya.
9. Kenalpasti cip RAM CMOS yang digunakan.
-
Apakah fungsinya ?
-
Bagaimanakah RAM CMOS dapat mengekalkan maklumat yang ada di dalamnya ?
10. Kenalpasti kristal-kristal yang terdapat pada papan ibu dan catatkan
kelajuannya.
11. Kenalpasti bateri yang terpasang pada papan utama.
-
Apakah jenis bateri tersebut ?
-
Berapakah jumlah voltan yang dibekalkan ?
-
Apakah fungsinya ?
12. Kenalpasti bas-bas yang terdapat pada papan utama.
-
Berapakah jumlah bas yang terpasang ?
-
Apakah jenis-jenisnya ?
13. Adakah terdapat pelompat (jumper) pada papan ibu ?
-
Berapakah jumlahnya (jumper biasanya dilabel sebagai J1, J2, J3 ......)
?
-
Apakah fungsinya ?
| webmaster | what's
internet | komputer punya
cerita | isi perut komputer
|
| bahagian utama komputer
| cakera keras | perkakasan
komputer | keselamatan data
|
| meningkatkan keupayaan komputer
| atasi masalah penjagaan komputer
| pengacau virus |
| trouble shooting 1 | trouble
shooting 2 | internet punya
cerita | IRQ DMA |