Pengenalan Kepada Internet
Email telah difahami oleh kebanyakan pengguna komputer satu cara menghantar
surat
kepada penerima melalui komputer dengan berkesan, murah dan pantas. Internet
menyediakan kemudahan untuk bertukar maklumat visual dalam format
boleh-guna-semula dan boleh-baca, misalnya carta, gambarajah, jadual,imej,
pengkalan data atau kod perisian. Oleh yang demikian, perkhidmatan
ini merupakan
pusat sumber bagi pelbagai maklumat seperti katalog, pengkalan data, perkhidmatan,
penerbitan dan sebagainya.
Sejarah Internet
Pada 1957, projek ARPA (Advanced Reseach Project Agency) diwujudkan untuk
membina satu rangkaian komputer yang menghubungkan satu bandar dengan satu
bandar di Amerika Syarikat.
Perkhidmatan mel elektronik bermula setelah ARPANET dibina pada tahun 1969.
Internet adalah satu rangkaian yang terdiri daripada gabungan rangkaian-rangkaian
komputer yang lain. Setiap rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan
kepada rangkaian-rangkaian yang lebih kecil. Internet dapat memberikan
perkhidmatan:
Hak Milik Internet
Secara umumnya, internet tidak dimiliki oleh mana organisasi atau individu.
Oleh itu,
organisasi berkenaan bertanggungjawab untuk membina rangkaiannya sendiri.
Organisasi yang menyediakan perkhidmatan rangkaian yang menentukan apa-apa
bayaran penggunaan.
Asas Internet
Model Pengkomputeran Internet
Internet menggunakan model pengkomputeran tersebar (distributed computing)
dan pengkomputeran pelayan-pelanggan.
Pelanggan dan Pelayan
Komputer yang meminta perkhidmatan daripada komputer lain dinamakan pelanggan.
Komputer yang memberi perkhidmatan dipanggil pelayan. Pelayan dan pelanggan
adalah
dua aplikasi yang berlainan. Pelayan adalah aturcara yang sentiasa berjalan
dalam
sesebuah komputer yang sentiasa menanti permintaan yang akan dibuat oleh
pelanggan.
Pelanggan adalah aturcara yang diguna untuk mendapat perkhidmatan sesuatu
aplikasi.
Pelanggan hidup apabila pengguna menggunakannya dan berhenti apabila penggunaannya
tamat.
Alamat Protokol Internet
Tiap-tiap komputer dalam internet mempunyai identiti yang unik yang dinamakan
alamat protokol internet (Internet Protoko, IP). Alamat IP adalah satu
nombor 4 bait
seperti berikut:
Nama domain adalah nama yang digunakan untuk mewakili alamat IP bagi mendapatkan
satu cara yang bermakna yang melambang identiti sesebuah komputer. Nama
domain
mudah diingat berbanding dengan alamat IP
Apakah Lebuhraya Maklumat
Komputer memerlukan perantaraan untuk berkomunikasi di antara satu sama
lain.
Jenis bahan perantaraan yang boleh digunakan adalah udara, kabel tembaga
dan kabel
optik. Setiap bahan memerlukan teknik penghantaran yang tersendiri.
Ciri-ciri Lebuhraya Maklumat
Lebuhraya maklumat membenarkan berbagai jenis maklumat seperti teks, audio,
gambar, video dan lain-lain dihantar melaluinya. Lebuhraya yang laju ini
membolehkan maklumat melaluinya dengan pantas. Kesesakan akan berlaku jika
banyak data disalurkan dengan kadar yang tinggi.
Jenis dan Kelajuan Maklumat
Kelajuan sesuatu talian bergantung kepada teknik transmisi dan bahan yang
digunakan
seperti kabel atau gentian optik. Contoh:
Aplikasi Internet
Suatu perkhidmatan yang membenarkan Pengguna menghantar surat dalam masa
yang
singkat melalui komputer. E-mel juga dapat diguna untuk melampirkan dokumen,
imej, audio dan video dalam bentuk digital.
Setiap Pengguna perlu ada akaun email. Untuk menggunakan email, pengguna
hanya
perlu tahu bagaimana :
Senarai Mail
Suatu aplikasi internet yang berasaskan kepada email. Setiap pengguna akan
berdaftar
dengan satu senarai yang akan menerima mail yang dihantar kepada pelayan
senarai
tersebut. Ini membolehkan satu perbincangan diadakan di antara ahli yang
disenaraikan.
Contoh pelayan senarai mail:
Merupakan suatu perkhidmatan papan buletin global yang menggunakan internet
sebagai cara capaian. Mengandungi beribu-ribu kumpulan perbincangan tentang
topik-topik tertentu.
Contoh: news.announce.newusers, news-newusers.questions. Perisian pelanggan
- Free
Agent.
Telnet
Istilah yang digunakan untuk menggunakan komputer secara jarak jauh (remote
login)
di mana-mana tempat dalam internet. Biasanya digunakan untuk mencari maklumat
dalam pengkalan data atau pusat sumber awam dan menggunakan komputer sendiri
dari mana-mana tempat dalam internet. Perisian pelanggan - NetTerm
Ftp
Maklumat yang disimpan dalam komputer seperti artikal dan program disimpan
dalam fail.
Untuk membolehkan perkongsian maklumat dan sumber, ftp (File Transfer Protocol)
digunakan untuk membolehkan pengguna memindahkan fail dari satu tempat
ke tempat
yang lain. Terdapat banyak pelayan internet mempunyai arkib FTP anonymous.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suatu perkhidmatan yang digunakan untuk mencari fail dalam lokasi-lokasi
ftp
anonymous di dalam internet. Ia boleh dicapai melalui cara telnet dan e-mel
dan juga
perisian. Contoh:
Gopher
Gopher
adalah suatu perisian yang menyambungkan pelbagai komputer dan arkib
maklumat dalam internet dan kemudiannya paparkan dalam bentuk menu item.
Asalnya
dibangunkan pada tahun 1991 di Universiti Minnesota sebagai sistem maklumat
kampus.
Mengguna
gopher adalah mudah kerana pengguna akan dibawa dari satu menu ke menu
yang lain berpandukan kepada item yang ada dalam menu. Tidak ada arahan
yang
perlu dimasukkan. Contoh lokasi gopher:
|
|
|
|
|
|
|
|
Veronica
Veronica
merupakan rakan bagi gopher kerana ia menghimpunkan maklumat yang
terdapat dalam ruang gopher. Perisian ini membolehkan pengguna memberikan
kata
kunci (keyword) untuk mencari maklumat dalam gopher. Maklumat yang diperlukan
dicapai melalui pelayan gopher
WAIS (Wide Area Information Servers) - WAIS
Perisian
ini diguna untuk mencari maklumat mengenai sesuatu perkara dalam sesuatu
fail internet.
|
|
|
|
|
|
Perisian
pelanggan yang paling popular. la berkebolehan untuk memberi khidmat email,
ftp, gopher, wais dan lain-lain.
World Wide Web
Kita akan bincang dengan lebih mendalam tentang web.
Pengenalan World Wide Web
Asalnya
dibangun di CERN (Europen Laboratory for Particle Physics) oleh Tim
Berners Lee dengan tujuan untuk menyediakan protokol yang sepunya (sama)
dan mudah
untuk mendapatkan maklumat yang boleh-baca yang disimpan pada sistem berjarak
jauh
dengan menggunakan rangkaian. Dengan kemudahan ini ahli-ahli fizik CERN
(http://www.cern.ch/) dapat berkongsi dokumen.
Objektif
sistem ini adalah supaya saintis dapat bertukar berbagai bentuk data dengan
menggunakan konsep hypertext. Hypertext ialah dokumen yang mengandungi
sambungan
atau link dengan dokumen lain. Maklumat disimpan dan diambil semula dalam
bentuk
bukan hirarki, capaian maklumat boleh melompat dari satu tempat ketempat
yang lain
hanya dengan cara link. Dokumen ini dikatakan mempunyai banyak dimensi
tidak seperti
dokumen biasa yang hanya mempunyai satu dimensi.
Projek
Web mula bertapak apabila NEXT diberikan tender untuk membina satu
prototaip bagi Web pada tahun 1991. Web menjadi popular kerana ia
boleh
menggabungkan teks dengan gambar, suara dan video. Perkhidmatan internet
yang lain
yang boleh didapati dengan perkhidmatan ini adalah seperti telnet, ftp,
gopher dan
archie. Penggunaan Web dengan meluas merupakan faktor utama yang mendorong
perkembangan internet yang amat pesat semenjak dua tahun kebelakangan ini.
Bilangan
komputer yang menjadi pelayan Web juga bertambah dengan berlipat ganda.
Menggunakan WWW
Cara
menggunakan Web adalah mudah. Dokumen atau lokasi yang ingin dilihat boleh
dimasuki jika Penunjuk Sumber Seragam dokumen tersebut diketahui. Penunjuk
Sumber
Seragam (URL - Uniform Resource Locator) adalah penunjuk kepada dokumen
yang
terdapat dalam sesuatu link. Tiap-tiap dokumen dalam internet mempunyai
sekurang-kurangnya satu URL yang menentukan lokasinya. Dengan mempunyai
URL
untuk setiap dokumen, kita dapat mencari dan mencapainya dengan syarat
ianya hidup
dan tiada halangan keselamatan.
Sesuatu
URL mengandungi jenis protokol alamat, opsyen nombor pengkalan (nama
domain) dan laluan (lokasi fail). Format asas URL:
protokol://nama_perumah:nombor_pengkalan/laluan
atau
protokol://nama_perumah/laluan
Jenis protokol yang terdapat dalam web:
Jenis protokol | Penerangan |
http | Pelayan WWW |
gopher | Pelayan Gopher |
ftp atau file | Pelayan ftp |
mailto | E-mel |
wais | Pelayan Maklumat Kawasan Luas (Wide Area Information Server) |
telnet | Menggunakan komputer pelayan secara jarak jauh |
news | Berita usenet |
file | Fail dalam suatu direktori |
Alamat
adalah merupakan alamat bagi pelayan yang dilarikan. Alamat ditulis dalam
bentuk samada nama perumah atau nombor IP.
Nombor
pengkalan adalah nombor pengkalan IP di mana pelayan dilarikan. Tetapi
jika
pelayan dilarikan dengan menggunakan pengkalan piawai untuk protokol, nombor
pengkalan tidak diperlukan.
Pelanggan
dan pelayan Web
Terdapat
beberapa pakej pelayan web. Kita perlu tahu beberapa sifat dan keistimewaan
pakej ini sebelum membuat pilihan. Selain itu, terdapat beberapa pintu
keluar
(gateways) untuk pelbagai pelayan yang membolehkan kita terikat dengan
perisian atau
pengkalan data yang lain.
Pelanggan
Web boleh dipasang menggunakan beberapa jenis sistem operasi seperti
VAX, Unix. Windows dan Macintosh.
Program pelanggan WWW
Terdapat
banyak perkhidmatan mencari maklumat dalam Web jika dokumen atau lokasi
yang ingin dimasuki tidak diketahui. Kemudahan seperti untuk mengambil
dan mencetak
halaman Web disediakan oleh kebanyakan pelanggan Web. Program pelanggan
WWW
juga dipanggil 'browser'.
Pelanggan
web menggunakan protokol HTTP (HyperText Transport Protocol). Bahasa
bagi HTTP dinamakan (HyperText Markup Language).
Bahasa
komputer yang dinamakan Java - bahasa komputer hibrid C dan C++ di
optimumkan untuk mengendalikan aksi pelayan/pelanggan dalam web oleh Sun
Microsystem. Applet kecil boleh di download kepada komputer pelanggan secara
terus
menerus oleh pelayan web.
Inline viewer digunakan untuk menanamkan (embed) aplikasi dalam tetingkap browser.
VRML
(Virtual Reality Modeling Language) dibangunkan oleh Silicon Garphics dan
InterVista sebagai satu cara menghantar model 3D melalui web
Selain itu, audio dan video juga dapat dihantar dan dicapai oleh pengguna web.
Demo
WWW
mudah dijelajah dengan mendapatkan lokasi web yang diperlukan dan seterusnya
menggunakan perangkai (link) yang terdapat dalam halaman pengenalan yang
dimasuki.
Contoh: http://wwwjaring.my.
Maklumat
dalam WWW boleh dicari dengan menggunakan enjin pencari (search
engine). 'Search engine' adalah program untuk membantu mencari sesuatu
maklumat
dalam Web. Dokumen yang diperolehi di akhir pencarian boleh dilihat dengan
memasuki link yang dipamerkan dalam keputusan pencarian.
Gunakan
kemudahan 'hotlist' dan 'bookmark' untuk maklumat URL atau buat dokumen
Web sendiri yang mengandungi hubungan (link) dengan URL berkenaan.
Pembinaan Halaman Peribadi (Homepage)
Pefisian Pelanggan Web (Browser)
-
diguna untuk mencapai maklumat web dalam pelayan
- ada dua cara untuk menggunakan browser: (1) memasang perisian pelanggan
pada
komputer dalam internet, (2) telnet komputer lain yang mempunyai perisian
pelanggan
dalam internet.
Lynx - line browser
- untuk demo
- dibangunkan di National Centre for Supercomputing Applications (NCSA)
Netscape
HotJava
Skrip CGI (Common Gateway Interface)
CGI
membenarkan jurureka bentuk halaman fungsi langgan web (custom Web
funtionality). Penerangan lanjut tentang CGI boleh didapati pada:
Borang
boleh dibuat dalam web. Tujuannya adalah untuk membenarkan pengguna web
memasukkan maklumat kepada pelayan. Borang ini boleh terdiri daripada medan
teks,
medan password (kata laluan), kotak semak, butang radio, menu, butang reset
dan butang
serahan. Tetapi tidak semua pelanggan web boleh menerima borang. Penerangan
lanjut
boleh didapati pada: http://www.ncsa.uiuc.edu/SDG/Software/Mosaic/Docs/
Peta Imej
Web
juga mempunyai kemudahan peta imej di mana pengguna boleh klik pada sebahagian
imej untuk merangkai ke dokumen lain. Kadang-kadang disebut sebagai peta
boleh-klik.
Contoh peta yang mempunyai beberapa negeri:
| bahagian utama komputer
| cakera keras | perkakasan
komputer | keselamatan data
|
| meningkatkan keupayaan komputer
| atasi masalah penjagaan komputer
| pengacau virus |